Kebanyakan pelajar pada masa sekarang sangat mengemari makanan segera. Kenapakah hal ini terjadi? Ini kerana makanan segera sedap, cepat dan mudah disediakan. Kesibukan jadual belajar para pelajar membataskan mereka untuk menikmati hidangan yang seimbang. Ditambah lagi, sudah menjadi satu trend bagi para pelajar di universiti contohnya untukmempunyai simpanan makanan segera contohnya milo, biskut,megi, keropok dan juga coklat. Pembelian makanan segera ini akan menjadi semakin meningkat apabila musim peperiksaan menjelang tiba. Masing- masing sibuk menelaah pelajaran dan pada masa itulah makanan segera yang paling dicari cari. Menelaah pelajaran berjam jam membuatkan seseorang itu makan dengan banyaknya tanpa mereka sedari. Ditambah pula makanan segera yang mereka makan itu kosong nilai khasiatnya.Inilah yang menyebabkan seseorang itu cepat mengantuk dan juga berat badan meningkat.
Dalam satu kajian ,didapati kadar obesiti terhadap dalam kalangan murid telah meningkat tiga kali ganda. Para pakar bimbang kadar penyakit seperti diabetes, jantung dan penyakit kronik yang akan dihadapi oleh para pelajar pada masa usia mereka membesar.
Oleh itu, para pelajar hendaklah mengurangkan pengambilan makanan segera supaya pembelajaran mereka tidak terjejas dan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang mereka belajar.
No comments:
Post a Comment