Monday, September 20, 2010

Impak Pengambilan Makanan Segera Dari Sudut Kesihatan

Situasi ini selalu anda hadapi dalam kehidupan seharian,"Malasnya nak masak hari ini! Jom beli burger di restoran makanan segera sajalah." Itu saja penyelesaian paling mudah yang boleh diambil sekiranya malas untuk memasak. Kita juga lebih terdorong untuk memakan makanan segera sekiranya terlalu sibuk menyelesaikan tugasan di pejabat dan tak lupa juga di universiti. Rasa tertekan biasanya diubati dengan mengunyah burger atau kentang goreng. Telah nyata makanan ringan banyak membantu. Namun harus diingatkan, ia turut memberi impak negatif kepada kesihatan badan kita.

Penggunaan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan kenaikan tahap kolestrol.

Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Cuba bayangkan dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu termasuk lagi dalam hidangan yang lain seperti aiskrim, kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum hari tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja.

Di samping itu, ketahanan badan akan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.

Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi.

Tidak lupa juga, pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan penyakit kencing manis. Air berkarbonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandgungan gulanya amatah tinggi.

Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser.

No comments:

Post a Comment