Wednesday, September 22, 2010

Kebaikan Makanan Segera



Pada masa sekarang, makanan segera atau yang lebih dikenali “fastfood” semakin banyak di pasaran. Pengeluarannya semakin bertambah dari hari ke hari. Kini, banyak jenis makanan segera yang dapat kita pilih dari segi jenama dan harga untuk dijamu seisi keluarga. Makanan segera semakin digemari oleh masyarakat sekarang, terutamanya penduduk Bandar. Ianya telah meresap ke dalam gaya hidup masyarakat moden. Semakin hari semakin banyak jenis-jenis dan kedai-kedai makanan segera wujud. Makanan segera banyak yang telah dibungkus di dalam plastik-plastik yang kecil seperti mi segera, bihun, roti canai, donat, roti, dan sebagainya. Antara contoh-contoh restoran makanan segera ialah KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Chicken Rice Shop, Cheese Cake, dan lain-lain lagi. Makanan ini boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Makanan segera pada masa sekarang mengandungi banyak kebaikan-kebaikan dan kelebihan-kelebihan pada orang yang menjamunya.
Makanan segera mempunyai banyak jenis. Ini memberikan banyak pilihan kepada kita untuk memilih makanan kegemaran kita sendiri. Antara punca makanan segera menjadi pilihan kepada masyarakat zaman sekarang ialah makanan ini senang disediakan tidak kira dimana pun kita berada. Antara contoh makanan yang senang seperti ini ialah mi segera yang cuma perlu ditambah air panas sahaja. Penyediaannya yang ringkas ini telah menjimatkan masa untuk menyajinya. Makanan segera ini boleh disediakan dengan cepat tanpa perlu mengambil masa yang lama. Kebanyakan dari suri rumah pada masa sekarang memilih untuk memasak atau membeli makanan segera disebabkan masanya yang singkat. Disamping itu juga, makanan ini menjadi pilihan suri-suri rumah pada masa sekarang disebabkan tidak perlu belajar memasak kerana kebanyakan suri rumah pada masa sekarang kurang pandai memasak.
Mungkin kita tidak tahu bahawa makanan segera ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk keperluan hidup seharian. Burger yang dijual di KFC, Mc Donald dan lain-lain kedai mempunyai zat besi, protin, dan tenaga yang mencukupi bagi seorang manusia. Selain itu, makanan seperti ini boleh menggemukkan orang yang kurus tanpa makan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia. Contoh-contoh lain yang boleh kita lihat ialah pada keropok ikan. Keropak ikan ini mempunyai banyak kalsium untuk menguatkan tulang di dalam badan kita. Contoh lain yang ada pada keropok ikan ini ialah sumber protinnya juga boleh membantu membina otot-otot badan. Makanan seperti ini amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Kelebihan-kelebihan yang terdapat pada makanan segera juga ialah ianya mudah didapati di mana-mana kedai. Ia dijual di kedai-kedai runcit, stesen minyak, pasar raya, dan lain-lain lagi. Makan makanan segera dapat mengenyangkan perut disamping mendapat nutrisi-nutrisi keperluan badan.
Bagi golongan yang berpendapatan rendah ataupun yang ingin menabung, makanan segera ini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan orang kerana harganya yang murah. Dengan itu, mereka boleh berjimat cermat wang mereka untuk kegunaan lain. Pembelian makanan segera tiap-tiap hari menguntungkan kerana kosnya yang rendah disamping mendapat khasiat-khasiatnya yang banyak. Makanan segera sebenarnya mempunyai banyak kelebihan yang tidak diketahui oleh orang ramai.

4 comments: