Wednesday, September 22, 2010

Isu-isu Berkaitan Makanan Segera



Sakit jantung

"Pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak tepu, lemak tidak tepu, gula dan garam yang tinggi akan meningkatkan risiko terhadap penyakit berkaitan jantung, ketuaan dan kencing manis," ujarnya.Katanya lagi, minuman sedia diminum seperti daripada hasilan tenusu, jus buah-buahan dan sayuran, minuman berkarbonat yang sangat digemari di kalangan remaja mengandungi kandungan gula, pewarna dan bahan tambah yang tinggi dan tidak baik untuk kesihatan.

Tokoh ulama dan cendekiawan dunia di Doha, Qatar, Prof Dr Yusuf al-Qardhawi dan tokoh ulama berkarisma Arab Saudi, Syeikh Salman Fahd al-Audah serta ulama lain menandatangani kempen malah menyeru umat Islam seluruh dunia memboikot barangan Amerika.
Antara lain tokoh ulama Syria, Syeikh Muhammad Saed Ramadhan al Buthi; Ahli Persatuan Ulama Besar Arab Saudi, Syeikh Abdullah al Jibrin; intelektual muslim di Amman, Jordan, Dr Hammam Saed dan Dr Muhammad Abu Faris. Mufti Mesir, Dr Naser Farid Wasil serta termasuk pendapat bersama Majlis Fatwa Ulama Sudan dan Majlis Fatwa Ulama Palestin.

Di kalangan ulama gerakan Islam di Malaysia dan Indonesia mengecam serangan ganas Amerika keatas Afghanistan dan Iraq serta rejim haram Israel mengalukan langkah kempen tersebut sebagai tindakan menyatakan bantahan di atas sikap kurang ajar Amerika.
Malah mereka menyeru kerajaan dan negara Arab menggunakan `kuasa minyak' bagi melumpuhkan ekonomi Amerika serta kuasa ketenteraan mereka yang tidak berperikemanusiaan.
Pemimpin politik gerakan Islam Hamas, al-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi, semasa hidupnya sebelum dibunuh rejim haram Israel, menegaskan pentingnya memboikot produk Amerika bagi memperlemahkan perekonomian negara tersebut.
"Dana bantuan daripada Amerikalah yang selama ini digunakan untuk membunuh anak muslim kita di Palestin, Iraq dan lain-lain. Ini juga sebagai dukungan untuk mengusir Amerika yang hina dari Iraq. Agar persenjataan mereka melemahkan dan berhenti memerangi Islam," ujarnya dalam harian Quds Press.
Hari ini timbul isu makanan segera tidak berkhasiat dan agen pembunuh senyap (silent killer). Masyarakat yang berilmu cukup bimbang dengan kesihatan keluarga mereka. Bimbang dengan nyawa terancam dan serangan kanser hasil daripada pemakanan tidak sihat tersebut.
Kehebatan pengetahuan tentang makanan segera hanya kerana kepentingan kesihatan kita. Sensitiviti kita terhadap kesihatan cukup tinggi. Kita tidak bersedia untuk berkompromi dalam penjagaan tubuh badan memandang kos kesihatan yang makin tinggi.


Sedia rugi demi kesihatan

Kesannya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sendiri bersedia untuk mengharamkan iklan makanan segera melalui semua saluran penyiarannya walaupun kerugian lebih RM11 juta setahun, demi kesihatan rakyat.
Namun begitu Menteri Penerangan, Dato' Seri Zainuddin Maidin menangguh keputusan tersebut sehingga Kabinet membenarkan RTM berbuat demikian. Kesediaan RTM itu, menyahut saranan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu media mengharamkan iklan makanan segera.
Walaupun syarikat penyiaran dan media swasta mengambil sikap berdiam kerana industri tersebut menyumbang hasil pengiklanan RM100 juta setahun tetapi rakyat sudah diajak berpolimik dalam isu itu.
Hasil kajian dan undian sistem pesanan ringkas (SMS) menunjukkan minat rakyat dalam membicarakan soal tersebut cukup tinggi. Malah undian terbuka yang dilakukan oleh sebuah akhbar menunjukkan 60 peratus mahukan iklan makanan segera diharamkan.
Intergriti pemakanan kita cukup tinggi sehingga bersedia mengambil langkah kerugian. Akan tetapi sejauh mana kesediaan kita untuk berpolimik, berbincang dan berbahas bagi mengharamkan iklan tersebut kerana saudara kita di Palestin di bunuh. Sejauh mana kita bersedia kerugian kerana saudara kita di Afghanistan dan Iraq di bunuh.

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah saudara," dalam surah al-Hujurat, ayat 10. Persaudaraan kita tanpa sempadan dan pasport yang boleh menghalangi. Kalau hujung dunia sebelah Arab merasa sakit kenapa kita di sebelah timur boleh bersenang lenang.
Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang tidak mengambil berat perihal orang mukmin yang lain maka dia bukanlah termasuk daripada kalangan mereka." Riwayat al-Thobrani daripada Huzaifah.
Kita bersyukur, hasil daripada doa umat Islam akhirnya dimakbulkan apabila ramai rakyat Malaysia sudah mula membicarakan supaya makanan ini diharamkan. Kesan boikot umat Islam pada 2003 itu kini mula diakui tanpa disedari.

Jenis-Jenis Makanan Segera


Antara jenis makanan segera yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut :



a)      Ayam

Jenis makanan segera
Kuantiti
Saiz Tenaga (kcal)

Lemak (gm)

Saiz Berat (gm)

Ayam goreng
1 ketul
120
271
14.9
Kentang lenyek
1 cawan sederhana
94
87
0.7
Roti ban
1 ketul
29
100
2.5
Coleslaw
1 cawan kecil
74
62
3.0
Kentang goreng
1 cawan kecil
90
290
16.1
Ayam (sayap
1 ketul
69
166
9.9
Ayam (paha)
1 ketul
65
166
2.8
Ayam (dada
1 ketul
127
307
15.0



b)      Burger



Jenis makanan segera
Kuantiti
Saiz Tenaga (kcal)

Lemak (gm)

Saiz Berat (gm)

Burger daging
1 biji
125
317
11.3
Burger keju
1 biji
124
341
14.3
Coney dog
1 biji
145
433
24.5
Bebola ikan goreng dengan ban
1 biji
115
282
13.0
Sosej
1 biji
82
225
11.5



c)      Spagheti

Jenis makanan segera
Kuantiti
Saiz Tenaga (kcal)

Lemak (gm)

Saiz Berat (gm)

Spageti dengan keju dan Sos daging
1 mangkuk
440
444
1.3
Spageti ayam
1 mangkuk

526
463
1.1

d)     Pizza

Jenis makanan segera
Kuantiti
Saiz Tenaga (kcal)

Lemak (gm)

Saiz Berat (gm)

Pizza dengan pepperoni
1 potong
53
155
9.2
Pizza dengan ayam dan nenas
1 potong
94
268
14.2
Pizza dengan daging lembu, ayam dan bawang
1 potong
94
242
7.9
Pizza dengan ayam kari dan
kekacang
1 potong
70
200
7.9

e)      Sandwich


Jenis makanan segera
Kuantiti
Saiz Tenaga (kcal)

Lemak (gm)

Saiz Berat (gm)

Sandwich dengan ikan tuna
1 keping penuh
138
241
1.5
Sandwich dengan ikan, salad
mayonis
1 keping penuh
145
328
13.5
Sandwich dengan ayam, salad
1 keping penuh
168
481
27.8
Sandwich dengan pepperoni,salad
1 keping penuh
100
182
2.8

f)       Sate



Jenis makanan segera
Kuantiti
Saiz Tenaga (kcal)

Lemak (gm)

Saiz Berat (gm)

Sate daging lembu
1 cucuk
12
25
0.8
Sate daging kambing
1 cucuk
11
24
0.8
Sate ayam
1 cucuk
10
23
0.6
Kuah kacang
½ cawan
86
24
1.1

g)      Lain-lain

Jenis makanan segera
Kuantiti
Saiz Tenaga (kcal)

Lemak (gm)

Saiz Berat (gm)

Nasi goreng dengan potongan ayam
1 pinggan
330
591
17.5
Soto ayam
1 mangkuk
493
512
28.2
Murtabak
1 keping
146
231
9.2
Kuah murtabak
½ cawan
95
73
3.2